YA ALLAH..!!! sedar x sedar sudah 2 minggu alya exam. n this week adalah last exam n... MERDEKA! tapi.. sebenarnya alya belum merdeka lagi. KENAPA?? yelah, walaupun dah habis exam, tapi alya perlu memperbanyakkan amalan alya ke jalan ALLAH swt. alya mesti berdoa, solat hajat supaya result stpm alya tercapai seperti yang alya impikan selama ini. alya ingin menjadi seorang pendidik sebagaimana cita-cita alya sejak primary school lagi. InsyaALLAH alya berharap doa alya, impian alya menjadi kenyataan...
Oh ya.. esok kelas bm 1 cikgu azizah akan diadakan jam 8.30 pg. alya mesti pergi!! MESTI!! macam cikgu alya cakap "ilmu takkan cari kita melainkan kita yang mencari ilmu.." apa pun kepada cikgu2 yang mendidik alya selama 2 tahun. di sini alya ingin memohon maaf jika alya ada menyinggung hati dan perasaan cikgu2 alya, halalkan segala ilmu yang cikgu2 berikan kepada kami semua termasuklah alya sekali dan doakan alya mendapat keputusan STPM yang cemerlang, gemilang dan terbilang. CHAIYOK..!! CHAIYOK..!!
Saturday, December 5, 2009
Monday, September 14, 2009
SIRI NOVEL MINI
Hati seorang kekasih
“Afiq… marilah sini,aku ada hal nak cakap dengan engkau ni.”panggil Adrisha sambil melambai-lalmbai tangan ke arah temannya itu.
“Hmm.. ada apa kau panggil aku Adri?”soal Afiq yang berjalan termegah-megah kerana berlari anak tadi.tangannya mula menyapu peluh yang hampir menitik di dahinya.
“Tak de lah, aku saja je tadi.Saja nak bagi kau exercise sikit biar lemak tepu kat badan kau tu hancur,baru slim...hahaha”. ketawa Adrisha sambil menepuk bahu Afiq yang gempal sedikit.”Afiq mulai menyinga mendengar rakannya berkata,tangannya cepat menepis tangan Adrisha yang masih menepuk bahunya itu. “Woi..what your problems hah, sampai nak kacau aku. Kau ingat aku tak de benda ke nak kena buat hah?!!” marah Afiq sebelum berlalu pergi dari tempatnya, Tetapi sempat dihalang oleh Adrisha.
“Nanti...nanti..tunggu la, aku sebenarnya ada hal nak tanya kau ni.” Pujuk Adrisha tersenyum-senyum kambing.
“ apa dia?” mendatar suara Afiq.Malas mendengar perkara yang disampaikan Adrisha.
“woi,tak kan marah kot. Ala aku gurau jer tadi. Yang kau nak marah sangat apesal macam perempuanla kau ni,pasal tu pun nak marah ker.”
“cakap kau tu biarla berlapik sikit! aku pun manusia jugak, ada hati ada perasaan. Ni tak, mulut tu ikut sedap dia je nak cakap. Karang aku lempangkan tak pepasal pipi gebu kau tu ada cop tangan aku. Kau nak ker try ? ” ujar Afiq, tangan tangannya mula di tayang-tayang didepan muka Adrisha.
“ woi, aku gurau je la tadi. Yang kau ambik serius apa pasal? Kau marah ek? Yela..yela.. aku minta maaf sebab gurau camtu. But it was a joke okay!”
Adrisha mengendurkan suaranya tanda meminta maaf. Dia tahu dia yang bersalah kerana bergurau tidak kena tempat dan masa.
Afiq menganggukkan kepala tanda memaafkan sahabatnya itu. “yes, aku maafkan kau. Tapi lain kali tak lagi. Hah yang kau panggil aku kenapa?”
Adrisha menggarukan kepalanya , berkerut mukanya memikirkan sesuatu. “erm.. aku nak mintak tolong kau boleh tak?”
“ Mintak tolong. Kau nak suruh aku buat apa?”
“erm..nak suruh kau...”
“suruh apa! Yang kau tetiba jadi lembab ni kenapa?” jerkah Afiq. Bosan melihat sahabatnya yang tersekat-sekat bercakap itu.
“nak suruh kau makan banyak- banyak. Eh, tak! Nak suruh kau datang rumah aku malam ni, mama aku buat makan-makan sempena kenduri arwah. Kau tolong aku ajak kawan-kawan kita yang lain ya. Aku tak sempat nak bagitau diorang time sekolah tadi. Eh! Kereta aku dah sampai tu, Afiq ingat pesan aku tadi. Amanah tu.!!”
“ Yela, tapi pukul berapa?”
“kau datang je, dalam pukul 8 malam okay! Bye jumpa malam ni...!” teriak Adrisha sambil berlari ke arah kereta Mercedes CLK800 yang dipandu oleh Pak Jais pemandu mamanya.
Tepat jam 8 malam, kediaman Tengku Munir dan Tengku Maisara mula dipenuhi para tetamu, lebih-lebih lagi dengan kehadiran sanak saudara mereka yang datang dari serata tempat. Adrisha pula seakan orang asing kerana hampir kesemua sanak saudara ibubapanya tidak dikenali hanya adik ibunya sahaja yang dia kenali iaitu Uncle Wan. Malam itu, Adrisha memakai baju kurung moden yang dijahit oleh pembantu rumahnya, Mak Yam. Jika diikutkan hatinya, mahu sahaja dia memakai
t-shirt dan seluar jean denim tetapi ditegah oleh Mak Yam.
“kenapa Adri tak boleh pakai baju yang biasa Adri pakai Mak Yam. Lagipun baju tu kan tutup aurat jugak?” Soal Adrisha ingin tahu.
“memangla pakaian Adri tu tutup aurat, tapi dalam majlis tertentu Adri kenalah pakai pakaian yang lebih sesuai seperti baju kurung ke kebaya ke jubah ke. Lebih-lebih lagi macam majlis malam ni. Mama dan papa Adri jemput orang untuk kenduri arwah, jadi sebagai tuan rumah moleklah jika Adri pakai aje baju kurung yang Mak Yam buat bulan lepas. Mak Yam tengok Adri belum pernah lagi pakai baju tu kan?”
“ala.. rimasla Adri macam ni.!”bentak Adrisha keras, bermucung mulutnya dengan riak mukanya uang masam.Mak Yam tersenyum sumbing apabila mendengar rungutan anak gadis yang makin meningkat dewasa itu. Tangannya lembut mengusap rambut Adrisha yang sekian lama dijaganya bermula dua minggu selepas dilahirkan Tengku Maisara hinggalah sekarang. Malah kasihnya pada anak majikannya itu tak tumpah seperti kasih seorang ibu kepada anaknya.
“Adri sayang..panas itu hanya sebentar sahaja. Beginilah, kalau Adri rasa rimas jugak Adri pakailah baju biasa,dahla Mak Yam nak ke dapur banyak lagi kerja kat bawah tu. Ingat tau pakai baju kurung yang Mak Yam buat bulan lepas.” Pesan Mak Yam sebelum berlalu dari bilik Adrisha.
bersambung....
bersambung....

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
renungkanlah tujuan kita sebagai makhluk ALLAH swt. apa yang harus kita laksanakan dalam kehidupan sehari-hari...
sentiasa berdoa dan panjatkan kesyukuran padaNYA agar segala impian dapat ditunaikan olehNYA
Sunday, September 6, 2009
HarI LebaraN Kian HampiR.. rAmadhan pergi meNinggalKan kita..
pejam celik pejam celik kalau dihitung, dikira dibahagi, dan ditolak.. seminggu lagi umat islam termasuklah alya akan menyambut lebaran! yela.. sebulan berpuasa cukup memberi makna kepada Alya dalam menunaikan rukun islam ketiga ni. (eh! yeke ketiga?)huhu.. by the way.. alya rasa tahun ni memang 'berhari raya' family alya. Yela, sofa berganti baru,perabot ditambah lagi.. ini semua cita-cita ummi alya yang dah lama mengidam nak perabot baru. (cam orang pregnant jer...) ditambah plak kehadiran anak saudara alya c hannan, c iman n c mayraa yang still baby cute lagi. memang riuh la! biasala budak nakal.. orang kata jangan.. ha! yang tu la nak dibuatnya..! ish.. x faham den.
Subscribe to:
Posts (Atom)





